Latihan Ulangkaji 2 - Soalan Latihan Objektif Tahun 6

Latihan Ulangkaji 2

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1   “ Wahai pelajar-pelajar , ______ hendaklah belajar bersungguh-sungguh hingga berjaya ke menara gading!' nasihat Guru Besar kepada kami.
A  kalian
B engkau
C  kami
D saya

2 “Lebih baik ____ segera pergi menelefon pihak bomba,” arah Kai Weng kepada kawannya apabila ternampak kebakaran.
A  saya
B mereka
C  dia
D kamu

3 Sultan Johor akan menghadiri majlis itu.  ______ akan diiringi oleh Menteri Besar Johor.
A  Beliau
B  Baginda
C  beta
D  patik

4  “ _____ berasal dari mana?” tanya Encik Abu kepada pemuda itu.
A  kamu
B kalina
C aku
D dia

5 “Bilakah  _____ akan berjumpa dengan duta dari negara itu?” tanya bendahara kepada Sultan Iskandar.
A  beta
B kamu
C tuanku
D hamba

6  “______ akan pergi ke pameran buku yang diadakan di dewan serba guna itu,” kata Jesus  dan Johan kepada Ang.
A aku
B kami
C kita
D saya

7 Sekumpulan perompak berjaya melepaskan diri.  _____ telah melarikan sejumlah barang kemas yang bernilai RM 300 000.
A  Mereka
B Engkau
C Kita
D anda

8 “Sandra , marilah _____pergi mendayung sampan di tasik itu,” kata Thini.
A dia
B kita
C kamu
D saya

9 _____ seorang wakil rakyat yang sentiasa menyelesaikan masalah penduduk di kawasan ini.
A  hamba
B  beliau
C  baginda
D  mereka

10  _____ berazam untuk memecahkan rekod kebangsaannya dalam temasya sukan itu.
A dia
B hamba
C beta
D -nya

11 Kipas siling itu masih berputar dengan ____ walaupun sudah digunakn beberapa tahun.
A segera
B selesa
C kemas
D ligat

12 Seluar yang dipakai oleh Azri _____ hingga mencecah lantai.
A ketat
B lanjut
C labuh
D longgar

13 John dan kawannya bermain layang-layang di padang ketika angin bertiup dengan _____
A cepat
B deras
C kencang
D pantas

14 Jerebu _____ yang melanda Kuala Lumpur boleh menjejaskan kesihatan.
A sedikit
B halus
C tebal
D nipis

15 Rambut bayi itu _____ sejak dilahirkan.
A lebat
B jarang
C banyak
D kusut

16 Tayar basikal Kok Siang tiba-tiba _____ kerana terkena benda yang tajam.
A kembang
B kendur
C pancit
D reput

17  Warna baju biru itu _____ setelah dicuci beberapa kali oleh ibu.
A luruh
B luput
C lusuh
D lenyap

18 Susanti tidak berani berjalan di lorong yang ____ itu.
A  jernih
B keruh
C gelap
D berseri

19 Penerbangan ke Australia terkandas akibat cuaca  _______.
A  buruk
B  cerah
C  dingin
D  nyaman

20 Murid-murid dikehendaki beratur dengan ______ sebelum masuk ke dalam kelas.
A teliti
B tertib
C lancar
D tenang

21 Ramalan kaji cuaca pada hari ini sangat ______.
A tepat
B dekat
C rapat
D lewat

22  ______, kamu juga suka datang berenang di sini!
A  Eh
B  hai
C  wahai
D  Amboi

23  ______ , cepatnya adik kamu mengira!
A  hai
B  wah
C  aduh
D  aduhai

24  “ _____, berani kamu semua mengganggu keamanan kampung ini”  kata ketua kampung dengan marah.
A  Amboi
B  Cis
C  Ah
D Oh

25  _____, cantik sungguh gaun yang dipakai oleh pengantin itu!
A   Eh
B  oh
C aduhai
D  wah

26  _____, malangnya mangsa kebakaran yang tinggal sehelai pinggang itu!
A  aduhai
B  aduh
C  cis
D  ah

27  “ ____ , kumpulan kamu telah menjuarai pertandingan ini” kata Cikgu Kumaran kepada Malek dan kawan-kawannya.
A  wahai
B  syabas
C  oh
D nah

28  _____, ambilah buku cerita yang kamu mahu!
A  amboi
B  hai
C  nah
D  eh

29  “ _____ murid-murid, ingatlah pesanan kedua-dua orang tua kamu!” nasihat cikgu Mark.
A wahai
B wah
C hai
D eh

30  _____, sakitnya dahiku!
A aduh
B wah
C aduhai
D cis

Pilih ayat yang betul.

31 A  Benar, pendapat George tidak bernas langsung.
     B  Betul, jawapan yang diberi oleh Nick tepat.
     C  Benar, tindakan kamu salah.
     D  Betul, cara awak tidak betul.

32 A  Betul, matahari memancarkan cahaya.
     B  Ya, benda hidup tidak perlu bernafas.
     C  Betul, haiwan tidak memerlukan tempat tinggal.
     D  Benar, tumbuh-tumbuhan tidak membuat makanan sendiri.

33 A  Benar, keputusan yang idbuat oelh pengadil itu tidak adil.
     B  Ya, buku itu dipinjam dari perpustakaan sekolah.'
     C  Betul, itu bukan lelaki yang kita dicari.
     D  Benar, ayam jantan itu bertelur.

34  A  Ya, saya murid SJK © Keong Li.
      B  Ya, buku itu tidak diconteng oleh adik.
      C  Benar, alasan yang dibelinya tidak munasabah.
      D  Benar, makanan itu tidak mungkin dimasak oleh kakak.

35  A  Ya, saya tidak tinggal di Sentul.
      B  Betul, eluar yang dibeli itu pendek.
      C  Benar, masalah itu tidak rumit sangat.
      D  Betul, budak itu tidak nakal seperti yang dikatakan.

36  A  Ya, Ali bukan ahli dalam Persatuan Bahasa Cina.
      B  Betul, jangkaan kamu tidak tepat.
      C  Benar, itulah guru kelas saya.
      D  Benar, itulah guru kelas saya.

37  A  Benar, dia memang tidak hadir ke sekolah.
      B  Benar , taman itu dibina pada tahun 2003.
      C  Betul, kenyataan yang dikeluarkan tidak benar.
      D  Betul, pengiraan yang betul adalah seperti contoh yang diberi.

38  A Ya , saya berasa letih.
      B  Ya, bukan Muraidi menelefon saya.
      C   Ya, keng An bukan kawan karib saya.
      D  Ya, kuih-muih itu tidak disediakan oleh emak.

39  A  Betul, baju itu tidak sesuao untuk kamu.
     B  Betul, pokok durian tidak berubuah lebat.
     C  Benar, wau bukan permainan tradisinal kaum Melayu.
     D  Benar, sekolah itu mempunayi 1200 orang murid Melayu.

40  A  Betul, perkara ini tidak dapat diselesaikan.
      B  Benar, pen ini tidak boleh digunakan lagi.
      C   Ya, bukan henga mencetuskan pergaduhan ini.
      D  Ya, rak itu digunakan untuk meletakkan buku-buku.

41 Kebajikan anak-anak di _____ tanggungan ibu bapa.
A sudut
B dalam
C depan
D bawah

42 Pei Shy menyimpan nombor telefon kawan baiknya ke ______ telefon bimbit.
A sisi
B dalam
C penjuru
D puncak

43 Pak Nordin menebas semak di _____ rumahnya.
A atas
B sudut
C pinggir
D belakang

44 Kawasan perkelahan itu terletak di ____ sungai.
A hilir
B antara
C bawah
D penjuru

45 Bapa berdiri di ____ kereta sambil berbual-bual dengan kawannya.
A tepi
B dalam
C hujung
D pinggir

46 Terdapat dua bilah gunting di ____ kotak itu.
A hilir
B luar
C hulu
D dalam

47 Budak itu memasang barang hiasan di ____ pensel barunya.
A hujung
B puncak
C dalam
D hadapan

48 Peragawan dan peragawati itu sedang memperagakan pakaian rekaan Bernard Tan di _____ pentas.
A utara
B bawah
C atas
D sudut

49 Di _____ suugai itu ada sebuah pondok usang.
A puncak
B dalam
C atas
D seberang

50 Beberapa orang pemain berkumpul di gelanggang bola keranjang.
A tepi
B celah
C selatan
D tengah

Jawapan Latihan Ulangkaji 2
1A
2D
3B
4A
5C
6B
7A
8B
9B
10B
11D
12C
13C
14C
15A
16C
17C
18C
19A
20B
21A
22A
23B
24B
25D
26A
27B
28C
29A
30A
31B
32A
33B
34A
35A
36D
37B
38A
39D
40D
41D
42B
43D
44A
45A
46D
47A
48C
49D
50D

Tiada ulasan:

Catat Ulasan