Latihan Ulangkaji 1 - Soalan Objektif Tahun 6

Latihan 1

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1 Kasut sukan berjenama _____ dijual dengan harga yang berpatutan.
A Taman Ehsan
B Singapura
C  Kamus Sari
D  Niko

2  Perlawanan persahabatan itu akan dijalankan di ______.
A  Stadium Bukit Jalil
B  Jalan Maharaja
C  Restoran Maju
D  Tasik Bera

3 Pak Cik Borhan menggunakan ____ yang baru dibelinya untuk menggembur tanah.
A gergaji
B gunting
C penukul
D cangkul

4  Kakak Fazi menggunakan ____ untuk mencedok sup yang dimasak tadi.
A senduk
B gelas
C garpu
D pisau

5  Alam persekolahan adik bermula di ______.
A  Bank Jaya
B  Tadika Gembira
C  Dewan Perdana
D  Stesen Kuala Lumpur

6  ______ dibuka di taman perumahan itu untuk memudahkan penduduk melakukan transaksi kewangan.
A  klinik Lim
B  bank permai
C Pasar Raya KK
D  balai polis Ampang

7  ______merupakan pensyarah Universiti kebangsaan Malaysia.
A  Bahasa Malaysia
B  Profesor Ali
C  Hang Tuah
D  Sultan Mahmud

8  Pasukan Pengakap Sekolah Menengahj Taman Malim berjaya tiba di puncak _____ pada pagi tadi.
A  Sungai Rejang
B  Gunung Tahan
C  Pejabat Pos Desa
D  Taman Tasik Titiwangsa

9  ______merupakan lambang bagi negara Malaysia.
A  Radio Televisyen Malaysia
B  utusan Malaysia
C  Sukan Malaysia
D  Jalur Gemilang

10  Haiwan peliharaan Suzana, _____ suka makan ikan dan minum susu.
A  Si Comel
B sang kancil
C sang semut
D sang rangkok

11 Datuk dan nenek sedang ______ tentang kehidupan mereka pada zaman pendudukan Jepun dahulu.
A bersembang
B berpesan
C berhubung
D berkata

12 Encik lai ____ perniagaan runcit secara kecil-kecilan.
A mengadakan
B menjalankan
C menerbitkan
D menjelaskan

13 Para nelayan _____ jala yang rosak pada musim tengkujuh.
A menampal
B menyulam
C menenun
D menyirat

14 Matahari ____ di sebelah barat.
A terhempap
B terbenam
C terhempas
D termasuk

15 Datuk sedang ____ rumput yang panjang di  belakang rumah.
A menggunting
B menyabit
C mengasah
D menoreh

16 Murid itu _____ pintu sebelum masuk ke dalam bilik guru besar.
A memalu
B memukul
C mengetuk
D menghentam

17 Pelayan restoran ______ dulang yang berisi minuman dengan berhati-hati.
A menjinjing
B menatang
C memegang
D menggalas

18 Penjual itu sedang _____ berat seekor ayam yang hendak dibeli oleh pelanggannya.
A  menimbang
B mengira
C menghitung
D mencatat

19 “ Saya yakin dapat _____ bahasa Melayu dalam masa dua bulan ini”, kata Wen Bin.
A menyertai
B menguasai
C meminati
D mengenali

20 Pak kasim _____ sebuah lubang yang besar untuk menimbus bangkai haiwan.
A mencabut
B mencakar
C menggali
D mengais

21 Rosli menunggang basikal dengan berhati-hati ______ jalan itu sangat licin.
A  tetapi
B  bahawa
C  supaya
D  kerana

22  Kemalangan itu melibatkan sebuah motosikal ______ sebuah lori.
A  atau
B  hingga
C  dan
D  kecuali

23  Encik Mahendran berbual-baul dengan rakan sekerja ______ menanti kedatangan ketuanya untuk bermesyuarat.
A  sementara
B  manakala
C  jika
D  kerana

24  Kakinya bengkak _____ disengat  oleh seekor lebah.
A  kerana
B  agar
C  tetapi
D  kalau

25  Aiman menutup suis komputer ______ keluar dari makmal komputer.
A  dan
B  lalu
C  sambil
D  serta

26  Kenneth membaca majalah kesukaanya _______ mendengar radio.
A  sambil
B  manakala
C  atau
D  hingga

27  Saya tidak akan menyertai perkhemahan itu _____ ibu bapa tidak memberi kebenaran.
A  jika
B  tetapi
C  walaupun
D  meskipun

28  Chin Leong mendapat 92 markah dalam peperiksaan Matematik ______ dia masih tidak berpuas hati.
A  tetapi
B  kerana
C  kalau
D  malahan

29  Tangan kita perlu sentiasa dicuci _____ tidak dijangkiti kuman.
A  jikalau
B  ketika
C  lalu
D  agar

30   Banjir ______ gempa bumi merupakan bencana alam yang sering berlaku di sesetengah negara.
A  seraya
B  dan
C  hingga
D  kecuali

31  “  _____ pastikan nama kamu ditulikan pada kertas jawapan  “ kata pengawas peperiksaan kepada calon-calon.
A  Jemput
B  Jangan
C  Tolong
D  Usah

32  “ ___ para hadirin mengambil tempat masing-masing kerana tetamu kehormat akan tiba sebentar lagi, kata juruacara itu.
A  Jangan
B  tolong
C  Minta
D  Usah

33  ____ buangkan tulang ikan ke dalam tong samaph.
A  Harap
B  Jemput
C  Usah
D  Tolong

34  _____nikmati ketupat dan lemang yang disediakan oleh nenek.
A  Jemput
B  Tolong
C  Jangan
D  Minta

35  ______kamu membuang masa dengan melakukan kerja yang tidak berfaedah ini.
A  Sila
B  Tolong
C  Usah
D  Harap

36  “  _____kalian bersabar, persembahan akan bermula sebentar algi,” kata pengacara majlis.
A  harap
B Usah
C  Jangan
D  Tolong

37 ______tuangkan saya segelas jus oren.
A  Harap
B  Jemput
C  Sila
D  Tolong

38  _____lah datang ke majlis rumah terbuka saya pada hari Ahad ini.
A  sila
B  Usah
C  Minta
D  Jangan

39  ______ bertenang, semua soalan tuan-tuan akan dijawab oleh pegawai itu.
A  Jangan
B  Minta
C  Jemput
D  Usah

40  ______ berebut-rebut semasa menaiki bas.
A Tolong
B  sila
C  Jemput
D Jangan

41 Mariani mengenali Junita ______ mereka kecil lagi.
A ke
B daripada
C dari
D sejak

42  Soalan peperiksaan Bahasa Malaysia tahun ini lebih senang ______ tahun lepas.
A  di
B dari
C pada
D daripada

43  Buku perubatan lama itu menerangkan _____ kaedah akupunktur.
A  di
B untuk
C pada
D tentang

44  Kapal terbang WX773 akan berlepas ____ Taiwan sebentar lagi.
A dengan
B ke
C pada
D di

45 Bunga-bunga yang cantik akan dihadiahkan ______ cikgu sempena sambutan Hari Guru.
A ke
B oleh
C kepada
D daripada

46 Polis trafik sanggup mengorbankan masa_____ mengawal lalu lintas pada musim perayaan ini.
A dari
B demi
C dengan
D daripada

47  Rumah Pak Samad dapat disiapkan dalam tempoh yang singkat _____ kerjasama penduduk kampung.
A  bagi
B  sejak
C  pada
D  dengan

48 Wang saku yang dibeli oleh ibu saya simpan _____ dalam kocek seluar.
A di
B oleh
C pada
D kepada

49 Guru besar dan guru-guru sedang berbincang _____ masalah disiplin para pelajar.
A bagi
B akan
C tentang
D dengan

50 Penduduk di kawasan perumahan kami menubuhkan rukun tetangga _____ mengatasi kes kecurian yang kian berleluasa.
A  oleh
B  untuk
C  dengan
D  terhadap

Jawapan  Latihan  Ulangkaji 1
1D
2A
3D
4A
5B
6B
7B
8B
9D
10A
11A
12B
13D
14B
15B
16C
17B
18A
19B
20C
21D
22C
23A
24A
25B
26A
27A
28A
29D
30B
31C
32C
33D
34A
35C
36A
37D
38A
39B
40D
41D
42D
43D
44B
45C
46B
47D
48A
49C
50B

2 ulasan:

  1. Salam. Terima kasih kerana bnyak membantu menyediakan bahan. Mohon kebenaran untuk pindah bahan ini dlm bentuk google form. Tq

    BalasPadam