KERTAS MODEL 4
UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH
BAHASA MELAYU -PEMAHAMAN
50
minit Lima
puluh minit
JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA
DIBERITAHU
1.
Kertas
soalan ini mengandungi 40 soalan.
2.
Jawab
semua soalan
3.
Tiap-tiap
soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan, iaitu A, B, C dan D. Bagi setiap soalan, pilih satu jawapan
sahaja.
Soalan
1 – 19
Isi
tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
Soalan
1 berdasarkan gambar di bawah.
1 Nenek Embun yang tiada gigi akan ______ sirih terlebih dahulu sebelum memakannya.
A menggiling
B menggobek
C menggentel
D menumbuk
2 “Mari _______ bermain futsal pada petang
nanti,” ujar Shahrain kepada kawan-kawannya.
A engkau
B mereka
C kalian
D kita
3 Puan Lim terpaksa menempuh pelbagi _____semasa
mula-mula mengusahakan kedai dobi itu.
A pujian
B
dugaan
C rungutan
D tamparan
4 Mereka ____ di hadapan unggun api untuk
memanaskan badan.
A bersalai
B berdiang
C berjemur
D bersantai
Soalan
5 berdasarkan gambar di bawah.
5 Tayar kereta pacuan empat roda itu terbenam
di dalam lopak yang _______ di tengah hutan.
A luas
B tohor
C dalam
D cangkat
Soalan
6 berdasarkan gambar di bawah.
6 Pasukan pancaragam sekolah itu sedang
memainkan sebuah lagu yang berirama ______.
A rancak
B mersik
C bising
D nyaring
7 Swee ling dan Zubaidah berasa _____ apabila memasuki terowong rahsia itu.
A sayu
B haru
C sugul
D gerun
8 Remy jatuh telentang _______ terpijak kulit
pisang di hadapan gerai buah-buahan itu.
A walaupun
B kerana
C tetapi
D sehingga
9 Beliau telah menyampaikan derma ______ mangsa
tanah runtuh itu.
A pada
B demi
C kepada
D terhadap
10
Pak Tua memacakkan orang-orang di _____ sawah untuk menakut-takutkan burung
yang memakan padinya.
A tengah
B pinggir
C penjuru
D belakang
Soalan
11 berdasarkan gambar di bawah.
11
Dua orang ahli paramedik _______ pemain yang cedera itu ke luar padang untuk
diberikan rawatan.
A mengelek
B menatang
C menjunjung
D mengusung
12 Puan Saptuyah merupakan ______ ikan terubuk
masin yang Berjaya di kampungnya.
A sukarelawan
B budayawan
C usahawan
D dermawan
13 Sang sapit dapat mengalahkan Sang Arnab dalam
pertandingan itu dengan ______ yang licik.
A gerak langkah
B daya usaha
C tingkah laku
D tipu daya
14 Sebagai pemandu bas, Daud mahir dengan _____
jalan raya di Kuala Lumpur.
A selok-belok
B lekak-lekuk
C lalu-lalang
D ulang-alik
Soalan
15 berdasarkan gambar di bawah.
15 Dari jauh, saya dapat melihat cahaya rumah
api itu _______.
A bergoyang-goyang
B bergerak-gerak
C berjalur-jalur
D berbalam-balam
16 Puan ZAhela membeli lima _____ jagung bakar
di pasar malam itu.
A bentuk
B tongkol
C biji
D batang
Soalan
17 berdasarkan gambar di bawah.
17 Di dalam kotak barang kemas itu terdapat
se_______dan se______ rantai mutiara.
A pasang…..utas
B tangkai….urat
C jambak….untai
D bentuk…rawan
18 Cigku Murad menjadi ____ dalam perselisihan
kedua-dua orang murid itu.
A orang harapan
B orang tengah
C orang rumah
D orang gaji
19 Walaupun Nadiah hanya anak angkat, namun Puan
Maria menjaganya dengan baik ______.
A seperti menatang minayk yang penuh
B seperti embun di atas daun
C seperti kacang lupakan kulit
D seperti kerbau dicucuk hidung
20 Sofian berasa gementar sebelum
pertandingan syarahan itu bermula.
Berikan
perkataan seerti bagi perkataan gementar.
A tenang
B berani
C gentar
D gayat
21 Suasana di dalam stadium itu gamat
dengan suara penyokong kedua-dua buah pasukan.
Perkataan berlawan bagi gamat ialah ___________.
A sentosa
B senyap
C nyaring
D bahagia
Soalan
22- 23
Pilih ayat – ayat yang menggunakan perkataan
bergaris dengan betul.
22
i.
Datuk
mengukir hulu keris itu dengan pisau
ukir yang tajam.
ii.
Mary
yang tajam otaknya dapat menerima ajaran gurunya dengan mudah.
iii.
Lubang
sampah yang digali oleh Pak Taha di belakang rumah itu sangat tajam.
iv.
Salleh
tajam pensel yang tumpul itu sebelum mula melukis.
a. i dan ii
b. ii dan ii
c. iii dan iv
d. i dan iv
23
i.
Ibu
menyapukan minyak angin pada perut adik yang kembang.
ii.
Bau
bunga mawar yang kembang itu sungguh harum.
iii.
Doh
roti itu dibiarkan selama sejam supaya kembang.
iv.
Kembang hati ibu apabila kakak menerima ijazah
di atas pentas.
a. i, ii dan iii
b. I, ii dan iv
c. I, iii dan iv
d. Ii, ii dan iv
24 Pilih ayat
tanya yang sesuai bagi ayat di bawah.
Perkhemahan
unit beruniform di padang itu telah disertai oleh 100 orang murid.
A Pihak manakah yang menganjurkan perkhemahan
unit beruniform di padang itu?
B Berapakah bilangan murid yang menyertai
perkhemahan unit beruniform di padang itu?
C Di manakah perkhemahan unit beruniform di
padang itu?
D Apakah tujuan perkhemahan unit beruniform?
25 Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat Tanya di bawah.
Siapakah
yang mewakili sekolah dalam pertandingan badminton itu?
A Pihak sekolah telah menghantar dua orang
wakil ke pertnadingan badminton itu.
B Banyak murid yang ingin mewakili sekolah
dalam pertandingan badminton itu.
C Pihak sekolah sedang mencari calon yang
sesuai untuk mewakili sekolah.
D Kong Wei dan Nalani merupakan wakil sekolah
dalam pertandingan badminton itu.
Soalan
26-27
Pilih ayat yang sama
maksud dengan ayat yang
diberikan.
26
Kakak menyuruh adik mencuci tangannnya sebelum makan nuget itu.
A “Janganlah kamu makan nuget itu sebelum
mencuci tnagan,” kata kakak kepada adik.
B “ Pergilah cuci tangan kamu sebelum makan
nuget itu,” kata kakak kepada adik.
C “Kita perlulah mencuci tangan sebelum makan
nuget ini,” kata kakak kepada adik.
D “Tidak elok makan nuget ini sebelum mencuci
tangan,” kata kakak kepada adik.
27 Mereka melakukan gerakan sambil meniup
rekoder dengan memainkan lagu “Warisan”.
A Sambil melakukan gerakan rekoder mereka tiup
dengan memainkan lagu “ Warisan”.
B Ditiup rekoder oleh mereka dengan melakukan
gerakan lagu “Warisan”.
C Dengan melakukan gerakan lagu “Warisan”,
rekoder mereka tiup.
D Rekoder ditiup oleh mereka dengan memainkan
lagu “Warisan” sambil melakukan gerakan.
Soalan
28-30
Pilih ayat yang betul.
28
A. Mak Ina menjual goreng pisang di
gerainya.
B. Zuriza sangat mengambil berat terhadap
kesihatan ibunya.
C. Dalam mesyuarat tadi, Hana dilantik
sebagi ketua kelas.
D. Buku cerita edisi kedua ini lebih tebal
dari buku cerita edisi pertama.
29
I.
Cigku
Dayana menghadiahkan Eliza sebuah Novel penyiasatan.
II.
Razak
dan Nathan memancing ikan di tepi tasik itu.
III.
Restoran
Padang menghidangkan masakan kampong yang enak.
IV.
Semua
buku-buku lama itu kami jual kepada pusat kitar semula.
A. I dan II
B. II dan III
C. III dan IV
D. I dan IV
30
I.
Keledek
yang direbus oleh kakak telah empuk.
II.
Dia
ialah pemimpin Negara yang banyak berjasa kepada rakyat.
III.
Sarah
menyusun dengan rapi majalah itu di dalam almari.
IV.
Kamil
menjolok buah rambutan itu dengan sebatang galah buluh.
A. I dan II
B. II dan III
C. III dan IV
D. I dan IV
Soalan
31 – 35
Baca
petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
Rajan: Apa khabar, Zakwan? Bagaimanakah percutian kamu di kampong ayah
kamu di Ranau? Tentu seronok,
bukan? Saya pula terperap di kedai
runcit ayah saya ini semasa cuti persekolahan lalu.
Zakwan :
Khabar baik, Rajan. Banyak temapt
menarik yang saya lawati semasa di Ranau.
Mula-mula, kami sekeluarga menikmati keindahan alam semula jadi di
Kolam Air Panas Poring. Kolam air
panas ini mengandungi sulfur yang baik untuk kesihatan dna menyegarkan badan
yang keletihan. Biasanya, kolam ini
menjadi tumpuan para pendaki yang baru sahaja turun dari puncak Gunung
Kinabalu untuk melepaskan segala kepenatan selepas mendaki.
Rajan: Kalau tidak salah saya, Taman Rama-rama dan
Pusat Pemuliharaan Orkid juga terletak di Kolam Air Panas Poring ini.
Zakwan: Memang benar, Raja. Untuk pengetahuan kamu, Taman Rama-rama ini
mengandungi 44 spesis rama-rama yang berwarna-warn. Di taman ini, terdapat galeri pameran,
ruang penetasan, dan nursery makanan untuk meningkatkan kefahaman pengunjung
tentang rama-rama.
Rajan: Apakah keistimewaan Pusat Pemuliharaan
Orkid pula?
Zakwan: Pusat Pemuliharaan Orkid ini mengumpul
kira-kira 1200 jenis orkid yang cantik.
Maka, tidak hairanlah pusat ini menjadi tumpuan peminat orkid serta
penyelidik di dlam dlaam dan luar Negara.
Rajan: Selain itu, apakah tarikan lain di kolam
air panas itu?
Zakwan : Pengunjung juga berpeluang menikmati
pemandangan hutan uang menghijau. Di
sini, penghunjung boleh menyusuri jambatan gantung dengan ketinggian 41 meter
di atas pokok. Pengalaman berada pada
ketinggian separa pokok amatlah mengujakan.
Rajan: Kamu tidak melawat ke lading teh Seabah
yang terkenal itu, Zakwan?
Zakwan: Ya,
kami sekeluarga melawat ke lading the Sabah di Kampung Nalapak yang
berlatarbelakangkan Gunung Kinabalu.
Saya diberitahu oelh pak cik bahaw the Sabah ialah satu-satunya lading
tah organic di Borneo. Teh Sabah ini
bebeas daripada penggunaan racun serangga.
Rajan: wah, seronoknya saya mendengar cerita kamu
itu! Saya berharap akan dapat pergi ke
sana pada suatu hari nanti.
Zakwan: Oh, ya!
Ini ada sedikit oleh-oleh dari Ranau, iaitu Teh Sabah, rantai kunci
dan kemeja-T untuk kamu.
Rajan: Terima Kasih, Zakwan. Saay amat menyukainya.
|
31 Apakah aktiviti yang dilakukan oleh Rajan
pada cuti sekolah yang lalu dilakukan oleh Rajan pada cuti sekolah yang lalu?
A Melancong ke Ranau
B Berkelah di Kolam air panas
C Menjaga kedai runcit ayahnya
D Pulang ke kampong ayahnya di Kampung Nalapak
32 Mengapakah Kolam Air Panas Poring menjadi
tumpuan pendaki?
A Menyembahkan penyakit
B Menghilangkan keletihan selepas mendaki
C Menjaga kecergasan diri
D Menguji ketahanan fizikal
33 Teh Sabah sangat unik kerana
A ladangnya terletak di Borneo
B ditanam di kawasan rendah.
C diusahakan di kawasan kampong.
D tidak menggunakan racun kimia semasa
penanamannya.
34 Pilih pernyataan yang benar berdasarkan petikan.
A Pusat Pemuliharaan Orkid mempunyai lebih 1000
spesis orkid.
B Taman Rama-rama kini menjadi tumpuan
penyelidik luar Negara.
C Terdapat jambatan gantung yang setinggi pokok
dibina di lading teh Sabah.
D Zakwan membeli kemeja-T dan poskad untuk
Rajan semasa dia bercuti di Sabah.
35 Perkataan mengujakan
dalam petikan bermaksud
A mengerikan.
B menakutkan.
C menyeronokkan.
D membimbangkan.
Soalan
36 – 40
Baca petikan di bawah, kemudian jawab
soalan-soalan yang berikutnya.
Rakyat Malaysia yang terdiri
daripada berbilang kaum mempunyai pelbagai jenis makanan warisan yang
menyelerakan. Makanan warisan ini
sungguh unik kerana bukan sekadar disediakan untuk mengalas perut, tetapi mereka yang terbabit dalam penyediaan
makanan ini sangat kreatif apabila mencipta dan menghidangkan makanan. Mereka juga amat menitiberatkan alam semula
jadi semasa hendak memasak makanan tersebut.
Hal ini disebabkan kedudukan
geografi sesuatu masyarakat telah mempengaruhi cara masakan mereka. Tambahan pula, kedudukan yang jauh di
pedalaman menjadikan masyarakat dahulu kreatif. Mereka menggunakan flora yang ada di
sekeliling mereka sebagai bahan dan rempah masakan. Malahan, bahan-bahan tersebut digunakan
untuk memasak dan membungkus makanan.
Misalnya, kaum orang asli di
Semenanjung Malaysia dan kaum Dayak di Sarawak menggunakan batang buluh dan periuk kera sebagai
peralatan memasak. Mereka juga memasak
nasi dan lauk di dalam buluh.
Manakala, beras pulut yang dimasak di dalam periuk kera sungguh enak
rasanya. Daun-daun kayu dan buluh juga
digunakan untuk membungkus dan mengisi makanan.
Selain itu, penggunaan daun-daun yang dilipat untuk
membungkus makanan membuktikan bahawa masyarakat Melayu dahulu kreatif
mempelbagaikan teknik origami.
Antaranya, masyarakat Melayu menggunakan daun pisang untuk membungkus
kuih koci dan tapai, daun kelapa untuk membuat ketupat dan daun palas untuk
membuat ketupat palas. Manakala, daun
mengkuang dianyam untuk dijadikan bekas mengisi dodol.
Malahan, makanan warisan mempunyai nama yang
unik. Makanan ini menunjukkan tempat
asal makanan itu dihasilkan. Misalnya,
laksa iaitu makanan yang di perbuat daripada
aduan tepung
beras mempunyai nama yang sama di beberapa buah tempat. Namun, laksa ini memiliki rsa, cara dan
kaedah memasak yang berbeza. Antara
lasa yang terkenal ialah laksa Penang, laksa Johor, laksa Sarawak dan laksa
Kelantan.
Sesungguhnya, makanan warisan masyarakt Malaysia ini
mempunyai hubungan yang erat dengan alam semula jadi. Justeru, kita haruslah memastikan makanan
ini tidak luput ditelan zaman untuk generasi akan datang.
|
36 Mengapakah makanan warisan rakyat Mlaaysia
sangat istimewa?
A Makanan ini telah dicipta dan dihidangkan
dengan cara yang sangat kreatif.
B Makanan ini mempunyai rasa yang lazat.
C Makanan ini menggunakan bahan alam semula
jadi.
D Makanan ini digemari oleh seluruh rakyat
Malaysia.
37 Apakah factor yang menyebabkan masyarakat
dahulu kreatif semasa menyediakan masakan mereka?
A Mereka telah diajar oleh nenek moyang mereka
supaya menggunakan bahan yang segar.
B Mereka hdiup dalam masyarakat yang
bekerjasama.
C Mereka tinggal di kawasan yang ceruk.
D Mereka gemar mempamerkan kebolehan dan bakat
memasak mereka.
38 Masyarakat orang asli menggunakan buluh untuk
A memasak air.
B membakar kuih.
C membuat lemang.
D memasak nasi dan lauk.
39 Pilih pernyataan yang tidak benar tentang petikan tersebut.
A Daun buluh perlu dianyam untuk membungkus
dodol.
B Flora yang ada di sekeliling telah dijadikan
bahan masakan oleh masyarakat dahulu.
C Laksa mempunyai pelbagai nama dan rasa yang
berbeza.
D Makanan warisan perlu dikekalkan untuk
generasi mendatang.
40 Frasa mengalas
perut membawa maksud
A mengembangkan perut.
B merampingkan perut.
C mengenyangkan perut.
D mengosongkan perut.
KERTAS SOALAN TAMAT
Jawapan
1) B
2) D
3) B
4) B
5) C
6) A
7) D
8) B
9) C
10) A
11) D
12) C
13) D
14) A
15) D
16) B
17) A
18) B
19) A
20) C
21) B
22) A
23) D
24) B
25) D
26) B
27) D
28) C
29) B
30) D
31) C
32) B
33) D
34) A
35) C
36) A
37) C
38) D
39) A
40) C