KERTAS MODEL 4: UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH BAHASA MELAYU


KERTAS MODEL 4
UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH
BAHASA MELAYU -PEMAHAMAN

50 minit                                                                                                                      Lima puluh minit

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1.            Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan.
2.            Jawab semua soalan
3.            Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan, iaitu A, B, C dan D.  Bagi setiap soalan, pilih satu jawapan sahaja.

Soalan 1 – 19
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

Soalan 1 berdasarkan gambar di bawah.



1  Nenek Embun yang tiada gigi akan ______ sirih terlebih dahulu sebelum memakannya.
A  menggiling
B  menggobek
C  menggentel
D  menumbuk

2  “Mari _______ bermain futsal pada petang nanti,” ujar Shahrain kepada kawan-kawannya.
A  engkau
B  mereka
C  kalian
D  kita

3  Puan Lim terpaksa menempuh pelbagi _____semasa mula-mula mengusahakan kedai dobi itu.
A  pujian
B dugaan
C  rungutan
D  tamparan

4  Mereka ____ di hadapan unggun api untuk memanaskan badan.
A  bersalai
B  berdiang
C  berjemur
D  bersantai

Soalan 5 berdasarkan gambar di bawah.




5  Tayar kereta pacuan empat roda itu terbenam di dalam lopak yang _______ di tengah hutan.
A  luas
B  tohor
C  dalam
D  cangkat

Soalan 6 berdasarkan gambar di bawah.




6  Pasukan pancaragam sekolah itu sedang memainkan sebuah lagu yang berirama ______.
A  rancak
B  mersik
C  bising
D  nyaring

7  Swee ling dan Zubaidah berasa  _____ apabila memasuki terowong rahsia itu.
A  sayu
B  haru
C  sugul
D  gerun

8  Remy jatuh telentang _______ terpijak kulit pisang di hadapan gerai buah-buahan itu.
A  walaupun
B  kerana
C  tetapi
D  sehingga

9  Beliau telah menyampaikan derma ______ mangsa tanah runtuh itu.
A  pada
B  demi
C  kepada
D  terhadap

10 Pak Tua memacakkan orang-orang di _____ sawah untuk menakut-takutkan burung yang memakan padinya.
A  tengah
B  pinggir
C  penjuru
D  belakang

Soalan 11 berdasarkan gambar di bawah.


11 Dua orang ahli paramedik _______ pemain yang cedera itu ke luar padang untuk diberikan rawatan.
A  mengelek
B  menatang
C  menjunjung
D  mengusung

12  Puan Saptuyah merupakan ______ ikan terubuk masin yang Berjaya di kampungnya.
A  sukarelawan
B  budayawan
C  usahawan
D  dermawan

13  Sang sapit dapat mengalahkan Sang Arnab dalam pertandingan itu dengan ______ yang licik.
A  gerak langkah
B  daya usaha
C  tingkah laku
D  tipu daya

14  Sebagai pemandu bas, Daud mahir dengan _____ jalan raya di Kuala Lumpur.
A  selok-belok
B  lekak-lekuk
C  lalu-lalang
D  ulang-alik

Soalan 15 berdasarkan gambar di bawah.




15  Dari jauh, saya dapat melihat cahaya rumah api itu _______.
A  bergoyang-goyang
B  bergerak-gerak
C  berjalur-jalur
D  berbalam-balam

16  Puan ZAhela membeli lima _____ jagung bakar di pasar malam itu.
A  bentuk
B  tongkol
C  biji
D  batang

Soalan 17 berdasarkan gambar di bawah.



17  Di dalam kotak barang kemas itu terdapat se_______dan se______ rantai mutiara.
A  pasang…..utas
B  tangkai….urat
C  jambak….untai
D  bentuk…rawan

18  Cigku Murad menjadi ____ dalam perselisihan kedua-dua orang murid itu.
A  orang harapan
B  orang tengah
C  orang rumah
D  orang gaji

19  Walaupun Nadiah hanya anak angkat, namun Puan Maria menjaganya dengan baik ______.
A  seperti menatang minayk yang penuh
B  seperti embun di atas daun
C  seperti kacang lupakan kulit
D  seperti kerbau dicucuk hidung

20  Sofian berasa gementar sebelum pertandingan syarahan itu bermula.
Berikan perkataan seerti bagi perkataan gementar.
A  tenang
B  berani
C  gentar
D  gayat

21  Suasana di dalam stadium itu gamat dengan suara penyokong kedua-dua buah pasukan.
Perkataan berlawan bagi gamat ialah ___________.
A  sentosa
B  senyap
C  nyaring
D  bahagia

Soalan 22- 23
Pilih ayat – ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

22

       i.        Datuk mengukir  hulu keris itu dengan pisau ukir yang tajam.
      ii.        Mary yang tajam otaknya dapat menerima ajaran gurunya dengan mudah.
     iii.        Lubang sampah yang digali oleh Pak Taha di belakang rumah itu sangat tajam.
    iv.        Salleh tajam pensel yang tumpul itu sebelum mula melukis.
a.    i dan ii
b.    ii dan ii
c.    iii dan iv
d.    i dan iv

23
      i.        Ibu menyapukan minyak angin pada perut adik yang kembang.
    ii.        Bau bunga mawar yang kembang itu sungguh harum.
   iii.        Doh roti itu dibiarkan selama sejam supaya kembang.
   iv.        Kembang hati ibu apabila kakak menerima ijazah di atas pentas.
a.    i, ii dan iii
b.    I, ii dan iv
c.    I, iii dan iv
d.    Ii, ii dan iv

24  Pilih ayat tanya yang sesuai bagi ayat di bawah.
Perkhemahan unit beruniform di padang itu telah disertai oleh 100 orang murid.
A  Pihak manakah yang menganjurkan perkhemahan unit beruniform di padang itu?
B  Berapakah bilangan murid yang menyertai perkhemahan unit beruniform di padang itu?
C  Di manakah perkhemahan unit beruniform di padang itu?
D  Apakah tujuan perkhemahan unit beruniform?

25  Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat Tanya di bawah.
Siapakah yang mewakili sekolah dalam pertandingan badminton itu?
A  Pihak sekolah telah menghantar dua orang wakil ke pertnadingan badminton itu.
B  Banyak murid yang ingin mewakili sekolah dalam pertandingan badminton itu.
C  Pihak sekolah sedang mencari calon yang sesuai untuk mewakili sekolah.
D  Kong Wei dan Nalani merupakan wakil sekolah dalam pertandingan badminton itu.

Soalan 26-27

Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.
 26  Kakak menyuruh adik mencuci tangannnya sebelum makan nuget itu.
A  “Janganlah kamu makan nuget itu sebelum mencuci tnagan,” kata kakak kepada adik.
B  “ Pergilah cuci tangan kamu sebelum makan nuget itu,” kata kakak kepada adik.
C  “Kita perlulah mencuci tangan sebelum makan nuget ini,” kata kakak kepada adik.
D  “Tidak elok makan nuget ini sebelum mencuci tangan,” kata kakak kepada adik.

27  Mereka melakukan gerakan sambil meniup rekoder dengan memainkan lagu “Warisan”.
A  Sambil melakukan gerakan rekoder mereka tiup dengan memainkan lagu “ Warisan”.
B  Ditiup rekoder oleh mereka dengan melakukan gerakan lagu “Warisan”.
C  Dengan melakukan gerakan lagu “Warisan”, rekoder mereka tiup.
D  Rekoder ditiup oleh mereka dengan memainkan lagu “Warisan” sambil melakukan gerakan.

Soalan 28-30
Pilih ayat yang betul.

28
A.   Mak Ina menjual goreng pisang di gerainya.
B.   Zuriza sangat mengambil berat terhadap kesihatan ibunya.
C.   Dalam mesyuarat tadi, Hana dilantik sebagi ketua kelas.
D.   Buku cerita edisi kedua ini lebih tebal dari buku cerita edisi pertama.

29 
     I.        Cigku Dayana menghadiahkan Eliza sebuah Novel penyiasatan.
    II.        Razak dan Nathan memancing ikan di tepi tasik itu.
  III.        Restoran Padang menghidangkan masakan kampong yang enak.
  IV.        Semua buku-buku lama itu kami jual kepada pusat kitar semula.
A.   I dan II
B.   II dan III
C.   III dan IV
D.   I dan IV

30
     I.        Keledek yang direbus oleh kakak telah empuk.
    II.        Dia ialah pemimpin Negara yang banyak berjasa kepada rakyat.
  III.        Sarah menyusun dengan rapi majalah itu di dalam almari.
  IV.        Kamil menjolok buah rambutan itu dengan sebatang galah buluh.
A.   I dan II
B.   II dan III
C.   III dan IV
D.   I dan IV

Soalan 31 – 35
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.


Rajan:  Apa khabar, Zakwan?  Bagaimanakah percutian kamu di kampong ayah kamu di Ranau?  Tentu seronok, bukan?  Saya pula terperap di kedai runcit ayah saya ini semasa cuti persekolahan lalu.

Zakwan : Khabar baik, Rajan.  Banyak temapt menarik yang saya lawati semasa di Ranau.  Mula-mula, kami sekeluarga menikmati keindahan alam semula jadi di Kolam Air Panas Poring.  Kolam air panas ini mengandungi sulfur yang baik untuk kesihatan dna menyegarkan badan yang keletihan.  Biasanya, kolam ini menjadi tumpuan para pendaki yang baru sahaja turun dari puncak Gunung Kinabalu untuk melepaskan segala kepenatan selepas mendaki.

Rajan:  Kalau tidak salah saya, Taman Rama-rama dan Pusat Pemuliharaan Orkid juga terletak di Kolam Air Panas Poring ini.


Zakwan:  Memang benar, Raja.  Untuk pengetahuan kamu, Taman Rama-rama ini mengandungi 44 spesis rama-rama yang berwarna-warn.  Di taman ini, terdapat galeri pameran, ruang penetasan, dan nursery makanan untuk meningkatkan kefahaman pengunjung tentang rama-rama.

Rajan:  Apakah keistimewaan Pusat Pemuliharaan Orkid pula?

Zakwan:  Pusat Pemuliharaan Orkid ini mengumpul kira-kira 1200 jenis orkid yang cantik.  Maka, tidak hairanlah pusat ini menjadi tumpuan peminat orkid serta penyelidik di dlam dlaam dan luar Negara.

Rajan:  Selain itu, apakah tarikan lain di kolam air panas itu?

Zakwan :  Pengunjung juga berpeluang menikmati pemandangan hutan uang menghijau.  Di sini, penghunjung boleh menyusuri jambatan gantung dengan ketinggian 41 meter di atas pokok.  Pengalaman berada pada ketinggian separa pokok amatlah mengujakan.

Rajan:  Kamu tidak melawat ke lading teh Seabah yang terkenal itu, Zakwan?

Zakwan:  Ya,  kami sekeluarga melawat ke lading the Sabah di Kampung Nalapak yang berlatarbelakangkan Gunung Kinabalu.  Saya diberitahu oelh pak cik bahaw the Sabah ialah satu-satunya lading tah organic di Borneo.   Teh Sabah ini bebeas daripada penggunaan racun serangga.

Rajan:  wah, seronoknya saya mendengar cerita kamu itu!  Saya berharap akan dapat pergi ke sana pada suatu hari nanti.

Zakwan:  Oh, ya!  Ini ada sedikit oleh-oleh dari Ranau, iaitu Teh Sabah, rantai kunci dan kemeja-T untuk kamu.

Rajan:  Terima Kasih, Zakwan.  Saay amat menyukainya.



   
31  Apakah aktiviti yang dilakukan oleh Rajan pada cuti sekolah yang lalu dilakukan oleh Rajan pada cuti sekolah yang lalu?
A  Melancong ke Ranau
B  Berkelah di Kolam air panas
C  Menjaga kedai runcit ayahnya
D  Pulang ke kampong ayahnya di Kampung Nalapak

32  Mengapakah Kolam Air Panas Poring menjadi tumpuan pendaki?
A  Menyembahkan penyakit
B  Menghilangkan keletihan selepas mendaki
C  Menjaga kecergasan diri
D  Menguji ketahanan fizikal

33  Teh Sabah sangat unik kerana
A  ladangnya terletak di Borneo
B  ditanam di kawasan rendah.
C  diusahakan di kawasan kampong.
D  tidak menggunakan racun kimia semasa penanamannya.

34  Pilih pernyataan yang benar berdasarkan petikan.
A  Pusat Pemuliharaan Orkid mempunyai lebih 1000 spesis orkid.
B  Taman Rama-rama kini menjadi tumpuan penyelidik luar Negara.
C  Terdapat jambatan gantung yang setinggi pokok dibina di lading teh Sabah.

D  Zakwan membeli kemeja-T dan poskad untuk Rajan semasa dia bercuti di Sabah.

35  Perkataan mengujakan dalam petikan bermaksud
A  mengerikan.
B  menakutkan.
C  menyeronokkan.
D  membimbangkan.

Soalan 36 – 40
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

         
          Rakyat Malaysia yang terdiri daripada berbilang kaum mempunyai pelbagai jenis makanan warisan yang menyelerakan.  Makanan warisan ini sungguh unik kerana bukan sekadar disediakan untuk mengalas perut, tetapi mereka yang terbabit dalam penyediaan makanan ini sangat kreatif apabila mencipta dan menghidangkan makanan.  Mereka juga amat menitiberatkan alam semula jadi semasa hendak memasak makanan tersebut. 
            Hal ini disebabkan kedudukan geografi sesuatu masyarakat telah mempengaruhi cara masakan mereka.  Tambahan pula, kedudukan yang jauh di pedalaman menjadikan masyarakat dahulu kreatif.  Mereka menggunakan flora yang ada di sekeliling mereka sebagai bahan dan rempah masakan.  Malahan, bahan-bahan tersebut digunakan untuk memasak dan membungkus makanan.
            Misalnya, kaum orang asli di Semenanjung Malaysia dan kaum Dayak di Sarawak menggunakan  batang buluh dan periuk kera sebagai peralatan memasak.  Mereka juga memasak nasi dan lauk di dalam buluh.  Manakala, beras pulut yang dimasak di dalam periuk kera sungguh enak rasanya.  Daun-daun kayu dan buluh juga digunakan untuk membungkus dan mengisi makanan. 


            Selain itu,  penggunaan daun-daun yang dilipat untuk membungkus makanan membuktikan bahawa masyarakat Melayu dahulu kreatif mempelbagaikan teknik origami.   Antaranya, masyarakat Melayu menggunakan daun pisang untuk membungkus kuih koci dan tapai, daun kelapa untuk membuat ketupat dan daun palas untuk membuat ketupat palas.  Manakala, daun mengkuang dianyam untuk dijadikan bekas mengisi dodol.
            Malahan,   makanan warisan mempunyai nama yang unik.  Makanan ini menunjukkan tempat asal makanan itu dihasilkan.  Misalnya, laksa iaitu makanan yang di perbuat daripada
aduan tepung beras mempunyai nama yang sama di beberapa buah tempat.  Namun, laksa ini memiliki rsa, cara dan kaedah memasak yang berbeza.  Antara lasa yang terkenal ialah laksa Penang, laksa Johor, laksa Sarawak dan laksa Kelantan. 


            Sesungguhnya,  makanan warisan masyarakt Malaysia ini mempunyai hubungan yang erat dengan alam semula jadi.  Justeru, kita haruslah memastikan makanan ini tidak luput ditelan zaman untuk generasi akan datang.


36  Mengapakah makanan warisan rakyat Mlaaysia sangat istimewa?
A  Makanan ini telah dicipta dan dihidangkan dengan cara yang sangat kreatif.
B  Makanan ini mempunyai rasa yang lazat.
C  Makanan ini menggunakan bahan alam semula jadi.
D  Makanan ini digemari oleh seluruh rakyat Malaysia.

37  Apakah factor yang menyebabkan masyarakat dahulu kreatif semasa menyediakan masakan mereka?
A   Mereka telah diajar oleh nenek moyang mereka supaya menggunakan bahan yang segar.
B   Mereka hdiup dalam masyarakat yang bekerjasama.
C  Mereka tinggal di kawasan yang ceruk.
D  Mereka gemar mempamerkan kebolehan dan bakat memasak mereka.

38  Masyarakat orang asli menggunakan buluh untuk
A  memasak air.
B  membakar kuih.
C  membuat lemang.
D  memasak nasi dan lauk.

39  Pilih pernyataan yang tidak benar tentang petikan tersebut.
A  Daun buluh perlu dianyam untuk membungkus dodol.
B  Flora yang ada di sekeliling telah dijadikan bahan masakan oleh masyarakat dahulu.
C  Laksa mempunyai pelbagai nama dan rasa yang berbeza.
D  Makanan warisan perlu dikekalkan untuk generasi mendatang.

40  Frasa mengalas perut membawa maksud
A  mengembangkan perut.
B  merampingkan perut.
C  mengenyangkan perut.
D  mengosongkan perut.


KERTAS SOALAN TAMAT


Jawapan
1)    B
2)    D
3)    B
4)    B
5)    C
6)    A
7)    D
8)    B
9)    C
10) A
11) D
12) C
13) D
14) A
15) D
16) B
17) A
18) B
19) A
20) C
21) B
22) A
23) D
24) B
25) D
26) B
27) D
28) C
29) B
30) D
31) C
32) B
33) D
34) A
35) C
36) A
37) C
38) D
39) A
40) C

Tiada ulasan:

Catat Ulasan