Kertas Model 3 : UPSR

Kertas Model UPSR 3
Kertas 1
Masa : Lima puluh minit

Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan.  Jawab semua soalan.  Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan, iaitu A, B, C, dan D.  Bagi setiap soalan,  pilih satu jawapan sahaja.

Soalan 1- 20
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1  Payung yang dicari oleh kakak sebenarnya _____ di sebalik pintu utama rumah kami.
A  berselindung
B  terselindung
C  lindungan
D  dilindungi

2  ______ orang ramai berbeza-beza mengenai langkah pihak pengurusan untuk menaikkan tarif elektrik.
A  Perasaan
B  Rungutan
C  Pendapatan
D  Pendapat

Soalan 3 berdasarkan gambar di bawah.

















3  Abang Amin sedang ______ roti canai semasa kami menegurnya.
A  menguli
B  menebar
C  membakar
D  membungkus

4  Serangan ____ daripada pihak musuh menyebabkan pasukan itu tewas.
A  bertubi-tubi
B  berderet-deret
C  berbilang-bilang
D  berpusing-pusing

Soalan 5 berdasarkan gambar di bawah.

















5  Puan Mahani menggunakan ____ untuk mengajar pelajar-pelajarnya membuat ukuran semasa latihan menjahit.
A  jejari
B  kekuda
C  sesiku
D  tetupai

6  Kemasukan ______ secara beramai-ramai ke negara kita adakalanya menimbulkan masalah sosial.
A  ahli akademik
B  pekerja profesional
C  buruh asing
D  pelancong asing

Soalan 7 berdasarkan gambar di bawah.
















7  Murid-murid sekolah _____ bendera dengan perasaan gembira keika menyambut ketibaan baginda sultan.
A  mengibar-ngibar
B  mengibas-ngibas
C  menarik-narik
D  melambai-lambai





Soalan 8 berdasarkan gambar di bawah.













8  Siew Cahn sedang ____ sepucuk surat kepada sahabat karibnya.
A  menulis
B  mengepos
C  menyimpan
D  melukis

9  “ Raja Permaisuri menangguhkan hasrat ____ untuk mengindahkan taman ini kerana khuatir tidak dipersetujui oleh rakyat jelata seperti _____,” terang Murali kepada pekerjanya.
A  patik...kita
B  beta.. kamu
C  baginda … kita
D  baginda... saya

10 Orang kaya itu mewasiatkan beberapa ____ tanah sawahnya untuk orang-orang msikin di kampungnya.
A  relung
B  kaki
C  batas
D  urat

Soalan 11 berdasarkan gambar di bawah.













11  Anak bongsu Puan rose sudah pandai _____ ketika saya berkunjung ke rumahnya baru-baru ini.
A  merangkak
B  meniarap
C  berjalan
D  berlari

12  Akibat musim kemarau yang berlarutan, tanah di kampung ini menjadi ____ dan semua tanaman mati.
A  kering kontang
B  punah ranah
C  kusut-masai
D  kemak-kemik

13  Barang-barng tembaya yang berada di sudut ruang tamu ini kelihatan ____ kerana tidak dijaga dengan baik.
A  pudar
B  luntur
C  kusam
D  pucat

Soalan 14 berdasarkan gambar di bawah.























14  Hajah Senah sedang _____ air dari perigi yang terdapat di belakang rumahnya dengan berhati-hati.
A  menarik
B  mengangkat
C  menjinjing
D  menimba

15  Kamit ___ tuala pada kepalanya kerana tercedera akibat terhantuk pada dinding.
A  melilit
B  lilitan
C  dililit
D  lilit

16  Alinas yang baru pulang dari Eropah menggunakan kamus ____ tuntuk memahirkan dirinya mempelajari Bahasa Malaysia.
A  dwitahunan
B  dwibahasa
C  dwihuruf
D  dwibahasawan

Soalan 17 berdasarkan gambar di bawah.
















17  Cik Ayuna sedang _____ minyak wangi di depan cermin.
A  emmbuka
B  mencium
C  menyembur
D  memilih

18  Penduduk kampung Sirih terkejut melihat ratusan ikan _____ di permukaan kolam ternakan mereka.
A  kelaur
B  tampil
C  terbit
D  timbul

19  ______, kamus lulus dengan cemerlang dalam ujian tae kwan do kali ini!
A  oh
B  Nah
C  Syabas
D  Takziah

20  Aminah _____ kerana hanay melaksanakan tugas-tugasnya jika diarah.
A  seperti kera kena belacan
B  seperti aayam berak kapur
C  seperti rusa masuk kampung
D  seperti pahat dengan penukul

21  Orang yang bakhil tidak disukai oleh sesiapa pun.
Perkataan berlawan bagi bakhil ialah
A  tamak
B  kedekut
C  pemurah
D  penderma

22  Seluar singkat yang dipakai oleh radi itu bukan seluarnya.
Perkataan berlawan bagi singkat ialah
A  lebar
B  labuh
C  senteng
D  panjang

Soalan 23 -  24
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

23 
i.                    Ayah panas hati melihat gelagat Mat Rempit sebentar tadi.
ii.                  Cuaca panas dijangka berlangsung selama sebulan.
iii.                Kopi panas sedap diminum pada waktu petang.
iv.                Sekarang ini berita panas ialah tentang kes buli.
A)                III sahaja
B)                I, II dan III
C)                I, III dan IV
D)                II, III, dan IV

24
i.                    Kabus tebal menyelubungi kawasan penginapan kami awal pagi.
ii.                  Tebal  buku ini ialah 83 muka surat.
iii.                Saya sudah tebal muka untuk membuat rayuan lagi.
iv.                Kakak memilih kain tebal untuk dijahit sebagai baju pengantinnya.
A)                I dan II
B)                II sahaja
C)                III dan IV
D)                I, II, III, dan IV

Soalan 25
Pilih ayat tanya yang sesuai bagi ayat di bawah.

25  Saya gagal dipilih kerana tidak menghadiri latihan.
A  Mengapakah kamu tidak menghadiri latihan?
B  Bagaimanakah kamu boleh gagal?
C  Apakah sebabnya kamu tidak dipilih?
D  Siapakah yang gagal dipilih kerana tidak menghadiri latihan?

Soalan 26 – 27
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.

26  Permainaan adik berselerakan di ruang tamu.
A  Permainan adik di ruang tamu berselerakan.
B  Berselerakan di ruang tamu permainan adik.
C  Di ruang tamu permainan adik berselerakan.
D  Di ruang tamu berselerakan permainan adik.

27  “ Mengapa awak tidak hadir ke latihan suka semalam?” tanya Cikgu Hazi kepada Ravi.
A  Ravi dan Cikgu Hazi tidak hadir ke latihan sukan semalam.
B  Cikgu Hazi memarahi Ravi kerana tidak hadir latihan sukan.
C  Cikgu Hazi bertanya kepada Ravi mengapa dia tidak hadir ke latihan sukan.
D  Cikgu Hazi meminta Ravi menghadiri latihan sukan semalam.

Soalan 28 – 29
Pilih ayat yang betul.

28 
A  Adnan gemuk tetapi adiknya gemuk juga.
B  Sekarang waktu jam menunjukkan tepat pukul 10.00 pagi.
C  Buku saya memasahi kerana terkena air.
D  Sejak akhir-akhir ini, Imran rajin bersenam.

29
A  Rumah ini dibina dari papan sahaja.
B  Si Tompok akan mengiau bila hujan turun.
C  Jangan makan keropok yang sudah lemau ini.
D  Kami menuntun televisyen jika ada masa lapang.

30
i.                    Cis, cantiknya baju kamu!
ii.                  Nah, rajinnya awak belajar!
iii.                Aduh, kenyangnya perut saya!
iv.                Amboi, ketatnya seluar yang kamu apakai!
A)                III sahaja
B)                II dan III
C)                C  I, II, dan III
D)                III dan IV

Soalan 31 – 35
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Liew Su Pin,
14, jalan Jujur 2,
Bandar Razak,
56000 Ceras,
Kuala Lumpur.

Guru Kelas 6 Mulia,
SJK(C) Taman Connaught,
56000 Cheras,
Kuala Lumpur.                                                                                                             16 MAC 2009

Cikgu,

Memohon Kebenaran Bercuti

Merujuk kepada perkara di atas, saya ingin memaklumkan bahawa saya tidak dapat menghadiri kelas tambahan yang diadakan pada 21 Mac 2009 ( Sabtu).

2.  Saya tidak dapat menghadiri kelas tambahan tersebut kerana saya akan mengikuti Program Motivasi Pintar yang dianjurkan oleh Berita Perdana di Kuala Lumpur pada tarikh dan hari yang sama dengan kelas tambahan diadakan bermula pada pukul 8.00 pagi hingga pukul 5.00 petang.

3.  Saya amaat berharap agar cikgu dapat membenarkan saya bercuti.  Saya berjanji akan menghadirkan diri di kelas tambahan yang akan datang.  Saya juga berjanji akan menyiapkan kerja rumah yang diberikan.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,














__________________

(LIEW SU PIN)
Murid Tahun 6 Mulia,
SJK(C) Taman Connaught.

31  Apakah tujuan utama surat ini ditulsi?
A  Memberitahu tujuannya ke Kuala Lumpur.
B  Memaklumkan tentang program motivasi
C  Menyatakan tentang tarikh kelas tambahan
D  Memohon Kebenaran untuk bercuti

32  Bilakah Program Motivasi Pintar anjuran Berita Perdana itu diadakan?
A  16 Mac 2009
B  21 Mac 2009
C  Tidak dinyatakan
D  Pukul 8.00 pagi

33  Pada pendapat kamu, mengapakah Su Pin hendak menghadiri program motivasi itu?
A  Mengetahui soalan ramalan peperiksaan
B  Membuat persiapan sebelum peperiksaan
C  Mendapat maklumat daripada calon peperiksaan
D  Mengelakkan diri daripada menghadiri kelas tambahan

34  Berikut adalah pernyataan yang benar mengenai petikan, kecuali
A  Su Pin seorang mahasiswi
B  Program motivasi akan berlangsung selam 9 jam
C  Surat kiriman tersebut ditujukan kepada guru Kelas 6 Mulia
D  Kelas tambahan akan berlangsung pada hari Sabtu iaitu 21 Mac 2009

35  Lawan kata bagi perkataan berjanji ialah
A  pasti
B  berikrar
C  mungkir
D  bersumpah

Soalan 36 – 40
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

            Aku sedang bercuti panjang sempena penhujung tahun. Semas cuti beginilah aku dapat meluangka banyak masa bersama-sama keluargaku.  Pada waktu begini jugalah aku membantu ibu dan ayah untuk meringankan beban mereka.
            Aku mula bercucuk tanam di sekeliling rumahku.  Aku menanam cili, kacang panjang dan bayam.  Ibu dan ayah amat bangga apabila meliaht usahaku berjaya.  Ada ketikanya ayah turun menyiram sayur-sayuran tanamanku.
            Aku pun mula berkira-kira untuk menjual hasil tanamanku.  Bagiku biarpun wang yang akan aku perolehi sedikit, namun dapatlah meringankan beban ayah memandangkan harga getah murah sekarng.  Aku mendapati pendapatan ayah semakin merosot.  Adakalanya ayah mengeluh.
            Pagi-pagi lagi aku telah berada di pasar.  Aku menebalkan mukaku untuk berniaga secara kecil-kecilan.  Hasilnya aku berjaya.  Aku dapat membantu ayah dan sekali gus belajar berdikari.
            Aku mula bekad.  Aku akan meneruskan usahaku di bidang pertanian selepas belajar kelak.  Aku bercita-cita mahu menjadi seorang petani moden yang berjaya dan mempunyai kelulusan tinggi.

36 Apakah pekerjaan ayah 'aku'?
A  Petani
B  Nelayan
C  Penternak
D  Penoreh getah

37 Apakah yang dilakukan oleh 'aku' pada masa cuti?
A  Bercucuk tanam
B  Menolong ibu di rumah
C  Membantu ayah menoreh getah
D  Mengulang kaji pelajaran

38 Rangkai kata menebalkan mukaku dalam petikan bermaksud
A  menahan lapar
B  memerah keringat
C  membuang perasaan malu
D  menahan panas

39 Pada pendapat kamu, siapakah 'aku' dalam petikan di atas?
A  Seorang guru
B  Seorang petani moden
C  Seorang pelajar yang sedang bercuti
D  Seorang penoreh getah

40 Lawan kata bagi perkataan bangga dalam petikan ialah
A  malu
B  sedih
C  seronok
D  pendiam

Jawapan Kertas Model UPSR 2

Kertas 1

1)                  B
2)                  D
3)                  B
4)                  A
5)                  C
6)                  C
7)                  A
8)                  A
9)                  C
10)              A
11)              A
12)              A
13)              C
14)              D
15)              A
16)              B
17)              C
18)              D
19)              C
20)              D
21)              C
22)              B
23)              B
24)              D
25)              C
26)              C
27)              C
28)              D
29)              C
30)              D
31)              D
32)              B
33)              B
34)              A
35)              C
36)              D
37)              A
38)              C
39)              C
40)              A


Tiada ulasan:

Catat Ulasan