Kertas
Model UPSR 3
Kertas
1
Masa
: Lima puluh minit
Kertas soalan ini mengandungi 40
soalan.  Jawab semua soalan.  Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan
jawapan, iaitu A, B, C, dan D.  Bagi
setiap soalan,  pilih satu jawapan
sahaja.
Soalan 1- 20
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling
sesuai.
1 
Payung yang dicari oleh kakak sebenarnya _____ di sebalik pintu utama
rumah kami.
A 
berselindung
B 
terselindung
C 
lindungan
D 
dilindungi
2 
______ orang ramai berbeza-beza mengenai langkah pihak pengurusan untuk
menaikkan tarif elektrik.
A 
Perasaan
B 
Rungutan
C 
Pendapatan
D 
Pendapat
3 Abang Amin sedang ______ roti canai semasa kami menegurnya.
A 
menguli
B 
menebar
C 
membakar
D 
membungkus
4  Serangan
____ daripada pihak musuh menyebabkan pasukan itu tewas.
A 
bertubi-tubi
B 
berderet-deret
C 
berbilang-bilang
D 
berpusing-pusing
Soalan 5 berdasarkan gambar di bawah.
5 
Puan Mahani menggunakan ____ untuk mengajar pelajar-pelajarnya membuat
ukuran semasa latihan menjahit.
A 
jejari
B 
kekuda
C 
sesiku
D 
tetupai
6 
Kemasukan ______ secara beramai-ramai ke negara kita adakalanya
menimbulkan masalah sosial.
A 
ahli akademik
B 
pekerja profesional
C 
buruh asing
D 
pelancong asing
7 Murid-murid sekolah _____ bendera dengan perasaan gembira keika menyambut ketibaan baginda sultan.
A 
mengibar-ngibar
B 
mengibas-ngibas
C 
menarik-narik
D 
melambai-lambai
Soalan 8 berdasarkan gambar di bawah.
8 Siew Cahn sedang ____ sepucuk surat kepada sahabat karibnya.
A 
menulis
B 
mengepos
C 
menyimpan
D 
melukis
9  “
Raja Permaisuri menangguhkan hasrat ____ untuk mengindahkan taman ini kerana
khuatir tidak dipersetujui oleh rakyat jelata seperti _____,” terang Murali
kepada pekerjanya.
A 
patik...kita
B 
beta.. kamu
C 
baginda … kita
D 
baginda... saya
10 Orang kaya itu mewasiatkan beberapa ____
tanah sawahnya untuk orang-orang msikin di kampungnya.
A 
relung
B 
kaki
C 
batas
D 
urat
Soalan 11 berdasarkan gambar di bawah.
11 
Anak bongsu Puan rose sudah pandai _____ ketika saya berkunjung ke
rumahnya baru-baru ini.
A 
merangkak
B 
meniarap
C 
berjalan
D 
berlari
12 
Akibat musim kemarau yang berlarutan, tanah di kampung ini menjadi ____
dan semua tanaman mati.
A 
kering kontang
B 
punah ranah
C 
kusut-masai
D 
kemak-kemik
13 
Barang-barng tembaya yang berada di sudut ruang tamu ini kelihatan ____
kerana tidak dijaga dengan baik.
A 
pudar
B 
luntur
C 
kusam
D 
pucat
14 Hajah Senah sedang _____ air dari perigi yang terdapat di belakang rumahnya dengan berhati-hati.
A 
menarik
B 
mengangkat
C 
menjinjing
D 
menimba
15 
Kamit ___ tuala pada kepalanya kerana tercedera akibat terhantuk pada
dinding.
A 
melilit
B  lilitan
C 
dililit
D 
lilit
16 
Alinas yang baru pulang dari Eropah menggunakan kamus ____ tuntuk
memahirkan dirinya mempelajari Bahasa Malaysia.
A 
dwitahunan
B 
dwibahasa
C 
dwihuruf
D 
dwibahasawan
17 Cik Ayuna sedang _____ minyak wangi di depan cermin.
A 
emmbuka
B 
mencium
C 
menyembur
D 
memilih
18 
Penduduk kampung Sirih terkejut melihat ratusan ikan _____ di permukaan
kolam ternakan mereka.
A 
kelaur
B 
tampil
C 
terbit
D 
timbul
19 
______, kamus lulus dengan cemerlang dalam ujian tae kwan do kali ini!
A  oh
B  Nah
C 
Syabas
D 
Takziah
20 
Aminah _____ kerana hanay melaksanakan tugas-tugasnya jika diarah.
A 
seperti kera kena belacan
B 
seperti aayam berak kapur
C 
seperti rusa masuk kampung
D  seperti
pahat dengan penukul
21 
Orang yang bakhil tidak disukai oleh sesiapa pun.
Perkataan berlawan bagi bakhil ialah
A 
tamak
B 
kedekut
C 
pemurah
D 
penderma
22 
Seluar singkat yang dipakai oleh radi itu bukan seluarnya.
Perkataan berlawan bagi singkat ialah
A 
lebar
B 
labuh
C 
senteng
D 
panjang
Soalan 23 - 
24
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan
bergaris dengan betul.
23  
i.                   
Ayah panas hati melihat
gelagat Mat Rempit sebentar tadi.
ii.                 
Cuaca panas dijangka
berlangsung selama sebulan.
iii.               
Kopi panas sedap diminum
pada waktu petang.
iv.               
Sekarang ini berita panas
ialah tentang kes buli.
A)               
III sahaja
B)               
I, II dan III
C)               
I, III dan IV
D)               
II, III, dan IV
24
i.                   
Kabus tebal menyelubungi
kawasan penginapan kami awal pagi.
ii.                 
Tebal  buku ini ialah 83 muka surat.
iii.               
Saya sudah tebal muka
untuk membuat rayuan lagi.
iv.               
Kakak memilih kain tebal
untuk dijahit sebagai baju pengantinnya.
A)               
I dan II
B)               
II sahaja
C)               
III dan IV
D)               
I, II, III, dan IV
Soalan 25
Pilih ayat tanya yang sesuai bagi ayat di
bawah.
25 
Saya gagal dipilih kerana tidak menghadiri latihan.
A 
Mengapakah kamu tidak menghadiri latihan?
B 
Bagaimanakah kamu boleh gagal?
C 
Apakah sebabnya kamu tidak dipilih?
D 
Siapakah yang gagal dipilih kerana tidak menghadiri latihan?
Soalan 26 – 27
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang
diberikan.
26 
Permainaan adik berselerakan di ruang tamu.
A 
Permainan adik di ruang tamu berselerakan.
B 
Berselerakan di ruang tamu permainan adik.
C  Di
ruang tamu permainan adik berselerakan.
D  Di
ruang tamu berselerakan permainan adik.
27  “
Mengapa awak tidak hadir ke latihan suka semalam?” tanya Cikgu Hazi kepada
Ravi.
A 
Ravi dan Cikgu Hazi tidak hadir ke latihan sukan semalam.
B 
Cikgu Hazi memarahi Ravi kerana tidak hadir latihan sukan.
C 
Cikgu Hazi bertanya kepada Ravi mengapa dia tidak hadir ke latihan
sukan.
D 
Cikgu Hazi meminta Ravi menghadiri latihan sukan semalam.
Soalan 28 – 29
Pilih ayat yang betul.
28  
A 
Adnan gemuk tetapi adiknya gemuk juga.
B 
Sekarang waktu jam menunjukkan tepat pukul 10.00 pagi.
C 
Buku saya memasahi kerana terkena air.
D 
Sejak akhir-akhir ini, Imran rajin bersenam.
29
A 
Rumah ini dibina dari papan sahaja.
B  Si
Tompok akan mengiau bila hujan turun.
C 
Jangan makan keropok yang sudah lemau ini.
D 
Kami menuntun televisyen jika ada masa lapang.
30
i.                   
Cis, cantiknya baju kamu!
ii.                 
Nah, rajinnya awak belajar!
iii.               
Aduh, kenyangnya perut saya!
iv.               
Amboi, ketatnya seluar yang
kamu apakai!
A)               
III sahaja
B)               
II dan III
C)               
C  I, II, dan III
D)               
III dan IV
Soalan 31 – 35
Baca petikan di bawah, kemudian jawab
soalan-soalan yang berikutnya.
| 
Liew Su Pin, 
14, jalan Jujur 2, 
Bandar Razak, 
56000 Ceras, 
Kuala
  Lumpur. 
Guru Kelas 6 Mulia, 
SJK(C) Taman Connaught, 
56000 Cheras, 
Kuala Lumpur.                                                                                                             16
  MAC 2009 
Memohon Kebenaran Bercuti 
Merujuk kepada perkara di atas, saya
  ingin memaklumkan bahawa saya tidak dapat menghadiri kelas tambahan yang
  diadakan pada 21 Mac 2009 ( Sabtu). 
2. 
  Saya tidak dapat menghadiri kelas tambahan tersebut kerana saya akan
  mengikuti Program Motivasi Pintar yang dianjurkan oleh Berita Perdana di
  Kuala Lumpur pada tarikh dan hari yang sama dengan kelas tambahan diadakan
  bermula pada pukul 8.00 pagi hingga pukul 5.00 petang. 
3. 
  Saya amaat berharap agar cikgu dapat membenarkan saya bercuti.  Saya berjanji akan menghadirkan diri di
  kelas tambahan yang akan datang.  Saya
  juga berjanji akan menyiapkan kerja rumah yang diberikan. 
Sekian, terima kasih. __________________ 
Murid Tahun 6 Mulia, 
SJK(C) Taman Connaught. | 
31 
Apakah tujuan utama surat ini ditulsi?
A 
Memberitahu tujuannya ke Kuala Lumpur.
B 
Memaklumkan tentang program motivasi
C 
Menyatakan tentang tarikh kelas tambahan
D 
Memohon Kebenaran untuk bercuti
32 
Bilakah Program Motivasi Pintar anjuran Berita Perdana itu diadakan?
A  16
Mac 2009
B  21
Mac 2009
C 
Tidak dinyatakan
D 
Pukul 8.00 pagi
33 
Pada pendapat kamu, mengapakah Su Pin hendak menghadiri program motivasi
itu?
A 
Mengetahui soalan ramalan peperiksaan
B 
Membuat persiapan sebelum peperiksaan
C 
Mendapat maklumat daripada calon peperiksaan
D 
Mengelakkan diri daripada menghadiri kelas tambahan
34 
Berikut adalah pernyataan yang benar mengenai petikan, kecuali
A  Su
Pin seorang mahasiswi
B 
Program motivasi akan berlangsung selam 9 jam
C 
Surat kiriman tersebut ditujukan kepada guru Kelas 6 Mulia
D 
Kelas tambahan akan berlangsung pada hari Sabtu iaitu 21 Mac 2009
35 
Lawan kata bagi perkataan berjanji ialah
A 
pasti
B 
berikrar
C 
mungkir
D 
bersumpah
Soalan 36 – 40
Baca petikan di bawah, kemudian jawab
soalan-soalan yang berikutnya.
| 
           
  Aku sedang bercuti panjang sempena penhujung tahun. Semas cuti
  beginilah aku dapat meluangka banyak masa bersama-sama keluargaku.  Pada waktu begini jugalah aku membantu ibu
  dan ayah untuk meringankan beban mereka. 
            Aku
  mula bercucuk tanam di sekeliling rumahku. 
  Aku menanam cili, kacang panjang dan bayam.  Ibu dan ayah amat bangga apabila
  meliaht usahaku berjaya.  Ada ketikanya
  ayah turun menyiram sayur-sayuran tanamanku. 
            Aku
  pun mula berkira-kira untuk menjual hasil tanamanku.  Bagiku biarpun wang yang akan aku perolehi
  sedikit, namun dapatlah meringankan beban ayah memandangkan harga getah murah
  sekarng.  Aku mendapati pendapatan ayah
  semakin merosot.  Adakalanya ayah
  mengeluh. 
            Pagi-pagi
  lagi aku telah berada di pasar.  Aku menebalkan
  mukaku untuk berniaga secara kecil-kecilan.  Hasilnya aku berjaya.  Aku dapat membantu ayah dan sekali gus
  belajar berdikari. 
            Aku
  mula bekad.  Aku akan meneruskan
  usahaku di bidang pertanian selepas belajar kelak.  Aku bercita-cita mahu menjadi seorang
  petani moden yang berjaya dan mempunyai kelulusan tinggi. | 
36 Apakah pekerjaan ayah 'aku'?
A 
Petani
B 
Nelayan
C 
Penternak
D 
Penoreh getah
37 Apakah yang dilakukan oleh 'aku' pada
masa cuti?
A 
Bercucuk tanam
B 
Menolong ibu di rumah
C 
Membantu ayah menoreh getah
D 
Mengulang kaji pelajaran
38 Rangkai kata menebalkan mukaku
dalam petikan bermaksud
A 
menahan lapar
B 
memerah keringat
C 
membuang perasaan malu
D 
menahan panas
39 Pada pendapat kamu, siapakah 'aku' dalam
petikan di atas?
A 
Seorang guru
B 
Seorang petani moden
C 
Seorang pelajar yang sedang bercuti
D 
Seorang penoreh getah
40 Lawan kata bagi perkataan bangga
dalam petikan ialah
A 
malu
B 
sedih
C 
seronok
D 
pendiam
Jawapan Kertas Model UPSR 2
Kertas 1
1)                 
B
2)                 
D
3)                 
B
4)                 
A
5)                 
C
6)                 
C
7)                 
A
8)                 
A
9)                 
C
10)             
A
11)             
A
12)             
A
13)             
C
14)             
D
15)             
A
16)             
B
17)             
C
18)             
D
19)             
C
20)             
D
21)             
C
22)             
B
23)             
B
24)             
D
25)             
C
26)             
C
27)             
C
28)             
D
29)             
C
30)             
D
31)             
D
32)             
B
33)             
B
34)             
A
35)             
C
36)             
D
37)             
A
38)             
C
39)             
C
40)             
A








