Kertas Model UPSR 1 - UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH BAHASA MELAYU - PEMAHAMAN

KERTAS MODEL 1
UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH
BAHASA MELAYU -PEMAHAMAN

50 minit                                                                                                                      Lima puluh minit

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1.            Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan.
2.            Jawab semua soalan
3.            Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan, iaitu A, B, C dan D.  Bagi setiap soalan, pilih satu jawapan sahaja.

Soalan 1 – 19
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

Soalan 1 berdasarkan gambar di bawah.










1  Walaupun usia Karina masih muda, namun dia mahir _____ biola.
A  menggesek
B  menggosok
C  menggesel
D  memetik

2  Razalan murid yang pintar dalam pelajaran dan aktif dalam aktiviti sukan.  ____, pihak sekolah memilihnya sebagai murid cemerlang.
A  Walau bagaimanapun
B  Sungguhpun demikian
C  Kalau begitu
D  Lantaran itu

3  Datuk Ismail dan pasukannya pernah menghapuskan ______ pengganas komunis di Tanah Melayu.
A  saki-baki
B  anak-pinak
C  suku-sakat
D  susup-sasap

4  “Apakah barangan dagangan yang ______ bawa dari Negara China?” tanya Menteri kepada Laksamana Cheng Ho.
A  tuan hamba
B  patik
C  hamba
D  beta

5  Syafiq berjaya ______ watak Hang Tuah semasa pertandingan drama di sekolahnya.
A  menjiwakan
B  menjiwai
C  dijiwai
D  kejiwaan

6  Peserta perkhemahan itu sedang menanak nasi ____ berbual untuk mengurangkan kesejukan.
A  sementara
B  kerana
C  tatkala
D  sambil

7  Banglo usang di Bukit Merbah itu masih _____ walaupun berusia lebih seratus tahun.
A  kukuh
B  gagah
C  cekal
D  tegap

8  Beberapa ______ buluh gading yang rimbun tumbuh di tepi Sungai Dong.
A  rumpun
B  kaki
C  relung
D  lembar

Soalan 9 berdasarkan gambar di bawah.







9  Hafiz dan kawan-kawannya mengambil bahagian dalam acara ____ kelapa semasa sukaneka itu.
A  mencarik
B  menghakis
C  mengorek
D  mengukur

10 Majlis sambutan Hari Guru di sekolah Anis berjalan dengan lancar mengikut ______ yang dirancang.
A  atur cara
B  hal ehwal
C  reka bentuk
D  budi bicara

11 Lori kelapa sawit yang dipandu oleh Junaidi itu ______ ketika melalui jalan kampung yang lekak-lekuk.
A  tersengguk-sengguk
B  terhincit-hincit
C  tergoyang-goyang
D  terhinggut-hinggut

12 Nasi lemak yang dibungkus ______ daun pisang lebih enak dan ahrum baunya.
A  dengan
B  kepada
C  antara
D  daripada

13 Pengalaman pahit manis semasa berada di ____ telah banyak mengajar Marlinda tentang peribudi manusia.
A  merantau
B  perantau
C  perantauan
D  serantau

14  Aki Tam sedang ____ lemang untuk dijadikan juadah pada pagi Hari Raya Aidilfitri.
A  mengukus
B  membakar
C  menyalai
D  memanggang

15 _____ orang amat menyukai buah durian kerana isinya yang enak dan lazat.
A  Sesetengah
B  Setiap
C  Segala
D  Sekalian

16  Buah ciku yang dipetik oleh abang itu _____ rasanya kerana belum masak.
A  masam
B  pahit
C  kelat
D  masin

17  Penduduk Kampung Pantai Hitam membina benteng di tepi pantai untuk _____ ombak daripada menghakis pantai.
A  mengawal
B  menahan
C  menolak
D  memukul

18  Mereka berkayak hingga ke muara Sungai Pahang.
Berikan perkataan seerti  bagi perkataan muara.
A  hulu
B  manik
C  hilir
D  kuala

19  Mereka sedang memunggah guni gula dari lori ke dalam gudang.
Perkataan berlawan bagi memunggah ialah ______.
A  mengemas
B  mengatur
C  menyimpan
D  menyusun

Soalan 20 – 21
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

20 
I.              Perasaan Hafizi penuh ketika mendeklamasikan sajak berjudul “Pejuang Kemerdekaan” itu.
II.            Sejak awal pagi, pekan sari itu penuh sesak dengan orang ramai yang membeli barangan keperluan.
III.           Sekiranya Hasna mengambil cuti tanpa gaji selama tiga minggu, tentu gajinya tidak penuh.
IV.          Mei Ling tidak dapat penuh janjinya untuk mengikuti lawatan itu.
A)           I dan II
B)           II dan III
C)           III dan IV
D)           I dan IV

21
I.              Kapal layar itu semakin hilang daripada pandangan setelah belayar merentasi lautan.
II.            Maznah tidak mahu mengingati lagi saat dia hilang ahli keluarganya beberapa bulan yang lalu.
III.           Perasaan marahnya kian hilang apabila dia melihat kesungguhan Ateh untukl belajar.
IV.          Tragedi taufan itu menyebabkan veribu-ribu buah keluarga hilang tempat tinggal di Manila.
A)           I, II, dan III
B)           I, II, dan IV
C)           I, III dan IV
D)           II, III dan IV

22 Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya di bawah.

Apakah tujuan sambutan Hari Malaysia diadakan?
A  Hari Malaysia disambut oleh seluruh rakyat Malaysia dengan meriah.
B  Sambutan Hari Malaysia bertujuan mengingati penubuhan Malaysia.
C  Sambutan Hari Malaysia akan diadakan di setiap negeri di seluruh Malaysia.

23 Pilih ayat tanya yang sesuai bagi ayat di bawah.

Serunding dan acar buah yang dijual di gerai Pak Man sungguh enak dan harganya berpatutuan pula.
A  Bagaimanakah keadaan seruding dan acar buah yang dijual di gerainya?
B  Mengapakah Pak Man menjual serunding dan acar buah di gerainya?
C  Mengapakah lauk serunding dan acar buah yang dijual di gerai Pak Man sungguh enak dan harganya berpatutuan pula?
D  Di manakah Pak Man menjual seruning danacar buah yang enak dan harganya berpatutan?

Soalan 24 – 25
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.

24  Pak Halim memetik sayur organik itu untuk dijual di pasar tani.
A  Sayur organik itu Pak Halim pertik dan menjualnya di pasar tani.
B  Dijual di pasar tani sayur organik Pak Halim.
C  Sayur organik itu dipetik oleh Pak Halim untuk dijual di pasar tani.
D  Untuk dijual di pasar tani sayur organik yang telah Pak Halim petik.

25  Cikgu Dayang melarang murid-murid kelasnya memijak batas terung yang baru ditanam di kebun sekolah itu.
A  “Mereka memijak batas terung yang baru ditanam di kebun sekolah ini,” kata cikgu Dayana kepada murid-murid kelasnya.
B  “Kamu tidak dibenarkan memijak batas terung yang baru ditanam di kebun sekolah ini,” kata Cikgu Dayana kepada murid-murid kelasnya.
C  “Jangan pijak batas terung yang baru ditanam di kebun sekolah in,” kata murid-murid kelasnya kepada Cikgu Dayana.
D  “Kami tidak dibenarkan memijak batas terung yang baru ditanam di kebun sekolah ini,” kata Cikgu Dayana kepada murid-murid kelasnya.

Soalan 26 – 28
Pilih ayat yang betul.

26
A  Harap kamu makan juadah yang saya sediakan ini.
B  Tolong susun majalah itu di dlaam almari semula.
C  Minta datang ke rumah nenek saya pada hari Sabtu ini.
D  Sila jangan berbuat bising di dalam perpustakaan ini.

27
I.              Latihan sains itu perlu disiapkan oleh Nani sebelum dia keluar bermian bersama rakan-rakannya.
II.            Puisi alam sekitar itu dikarang oleh saya pagi tadi untuk dihantar kepada urus setia pertandingan.
III.           Kerja pedalaman Sungai Batu itu mengambil masa yang lama untuk disiapkan.
IV.          Masalah kesesakan penumpang di dalam LRT semasa waktu puncak mestilah diselesaikan dengan segera.
A)           I dan II
B)           II dan III
C)           III dan IV
D)           I dan IV

28
I.              Nomi akan menunggu kedatangan kita di bas stesen pada malam nanti.
II.            Mak Senah mempelawa kami supaya makan goreng ayam berempah itu.
III.           Beg tangan itu diperbuat daripada bahan yang bermutu tinggi.
IV.          Tiga naskah akhbar harian dibeli oleh ayah pada setiap hari untuk dibaca di rumah.
A)           I dan II
B)           II dan III
C)           III dan IV
D)           I dan IV

Soalan 29 – 30
Isi tempat kosong dengan peribahasa yang sesuai.

29  Idham dan Siva membuka ______ apabila dikejar oelh angsa nenek yang  garang itu.
A  langkah seribu
B  langkah bendul
C  langkah kiri
D  langkah kanan

30  Aiman belajar dengan tekun ______.
A  seperti anjing dengan kucing.
B  seperti kera kena belacan
C  seperti anai-anai makan kayu
D  seperti mangajara itik berenang


Soalan 31 – 35
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

KUALA TAHAN, Sabtu – Buat julung-julung kalinya , Persatuan Bulat sabit Merah Sekolah Kebangsaan Jengka Pusat (SKJP) telah mengadakan Perkhemahan Bersepadu Persatuan Bulan Sabit Merah 2012.  Perkhemahan yang diadakan di Taman Negara itu, telah memberi peluang kepada 128 orang murid menimba pengalaman dan ilmu perkhemahan serta bantuan kecemasan.

      Menurut guru pensihat Persatuan Bulan Sabit Merah SKJP, objektif utama perkhemahan itu dijalankan adalah untuk membina semangat kerjasama dalam kalangan murid semasa melakukan sesuatu aktivti.  Selain itu, perkhemahan itu juga diharapkan dapat mengembangkan potensi murid semasa mengikuti aktiviti pendidikan luar.  Perkhemahan itu juga bertujuan memantapkan jati diri murid menerusi pembentukan disiplin smeasa melakukan pelbagai aktiviti yang dijalankan.

            Pelbagai aktiviti yang menarik telah disusun sepanjang tiga hari perkhemahan  itu berlangsung.   Antaranya ialah asas pertolongan cemas, kawad kaki, aktiviti secara berkumpulan, ikatan buku sila, simpul manuk dan simpul bunga keti.

            Semasa perkhemahan berlangsung, para peserta telah melakukan aktivit meneroka hutan dan berjalan di atas jambatan gantung dengan pengawasan jurupandu daripada Jabatan PERHILITAN.  Beliau telah memberi taklimat tentang pokok-pokok yang tumbuh dan spesis haiwan yang hidup di dalam hutan tersebut.  Di samping itu, peserta perkhemahan juga mengikuti aktivit burung hantu yang dapat membina keberanian dalam diri peserta semasa berada seorang diri di dalam gelap.

            Setelah meneroka hutan, para peserta telah bermandi-manda di air terjun Lata Berkoh.  Mereka juga berpeluang menaiki sampan yang dibawa oleh orang asli di Sungai Tembeling.  Selepas pulang dari Lata Berkoh, para peserta juga dapat melawat perkampungan orang asli di Sungai Young dan mengetahui cara hidup mereka di sana.

            Setelah meneroka hutan, para peserta telah bermandi-manda di air terjun Lata Berkoh.  Mereka juga berpeluang menaiki sampan yang dibawa oleh orang asli di Sungai Tembeling.  Selepas pulang dari Lata Berkoh, para peserta juga dapat melawat perkampungan orang asli di Sungai Young dan mengetahui cara hidup mereka di sana.

            Pada akhir perkhemahan itu, para peserta mendapat sijil penyertaaan dan kumpulan yang menang dalam aktiviti berkumpulan mendapat hadiah yang menarik.  Kebanyakan peserta yang ditemui melahirkan perasaan bangga kerana berpeluang mengikuti aktiviti tersebut.
       



31  Siapakah yang telah menganjurkan perkhemahan tersebut?
A  Pegawai Perhutanan Negeri Pahang
B  Guru Besar Sekolah Kebangsaan Jengka Pusat
C  Persatuan Bulan Sabit Merah Sekolah Kebangsaan Jengka Pusat
D  Jabatan PERHILITAN

32  Aktiviti yang membolehkan para peserta mengetahui spesies hutan ialah
A  kawad kaki.
B  burung hantu
C  ikatan buku sila
D  meneroka hutan

33  Apakah tugas jurupandu semasa perkhemahan tersebut?
A  Mengawasi keselamatan peserta
B  Menerangkan maklumat tentang spesis pokok
C  Menguruskan aktiviti perkhemahan
D  Memantau aktiviti peserta

34  Yang berikut ialah tujuan perkhemahan, kecuali
A  memupuk semangat kerjasama Dalam diri murid
B  mendorong murid-murid agar menyayangi alam sekitar
C  meluaskan potensi murid dalam aktiviti luar darjah
D  membentuk disiplin murid semasa menjalankan pelbagai aktiviti

35  Rangkai kata memantapkan jati diri dalam petikan bermaksud
A  menyayangi diri murid
B  mendisiplinkan murid dengan pelbagai aktiviti.
C  menonjolkan bakat terpendam dalam diri murid.
D  membentuk peribadi yang kuat dalam diri murid.

Soalan 36-40
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.


                                                                                                Lot 290, Kampung Paya Manis,
                                                                                                            5200 Kota Bharu,
                                                                                                            Kelantan Darul Naim.

                                                                                                            9 Januari 2105   

          Menemui sahabatku, Audra Laili yang berada di Kulaijaya, Johor.  Semoga saudari berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya.

Saudari,

            Terima kasih syaa ucapkan atas kiriman warkah saudari tempoh hari.  Seperti yang saudari minta, saya dengan senang hati akan berkongsi cerita tentang cara pembuatan wau yang diusahakan oleh ayah saya.  Menurut ayah, untuk menghasilkan wau yang cantik, seseroang pembuat wau perlulah mempelajari teknik menekap, melukis ukiran, teknik menampal dan membuat rangka wau.

            Justeru, untuk menjadi pembuat wau yang baik, seseorang itu harslah mahir melukis ukiran wau yang mempunyai pelbagai corak dan simbol yang tersira.  Kini, corak ukiran moden mendapat tempat dlaam kalangan pembeli.  Namun, wau yang berukiran tradisi masih diminati pembeli.  Seterusnya, pembuat wau mestilah tahu cara memotong ukiran menggunakan kertas warna.  Dalam pembuatan wau, warna emas ialah warna utama atau digelar “tanah”.  Ini diikuti warna hitam sebagi lapisan kedua sebelum ditambah dengan pelbagi warna lain mengikut kreativiti pembuatnya.

          Untuk pengetahuan saudari, kita perlu memotong ukiran dengan berhati-hati supaya tidak terkoyak dan padan apabila ditampal.  Hal ini disebabkan kertas yang lembut digunakan untuk membuat corak ukiran.  Ukiran pada wau ini mempunyai pelbagai corak yang halus.

            Seterusnya, teknik menampal corak ukiran pada rangka wau merupakan proses uang sangat mencabar.  Ini disebabkan rangka wau selalunya dibuat awal menggunakan buluh yang diraut hingga nipis.  Akhir sekali, wau akan dipasang dengan busur untuk menghasilkan bunyi apabila wau dinaikkan ke udara.

            Jika saudari ingin melihar cara membuat wau secara lebih dekat, datanglah ke rumah saya semasa cuti persekolahan nanti.  Dapatlah saudari membuat wau mengikut daya kreativiti saudari.  Setakat ini sahaja yang dapat saya ceritakah kepada saudari.  Semoga berjumpa lagi dalam keselamatan yang lain.  Sekian, terima kasih.


                                                                                                                                    Salam manis,
                                                                                                                                    Syuhadah

                                                                                   

36  Apakah tujuan Audra Laili menulis surat kepada Syuhadah?
A  Mencari bahan untuk membuat wau
B  Membeli wau yang dijual oleh ayah Syuhadah
C  Menerangkan cara pembuatan wau
D  Mengetahui car pembuatan wau

37  Mengapakah kerja mengukir corak wau perlu dilakkan dengan cermat?
A  Untuk mengelakkan tangan terluka
B  Untuk mengelakkan corak ukiran daripada terkoyak
C  Untuk mengurangkan pembaziran kertas warna
D  Untuk menjaga kualiti wau yang dihasilkan

38  Busur dipasang pada wau untuk
A  memastikan wau tahan lama.
B  mencantikkan reka bentuk wau.
C  membolehkan wau naik tinggi ke udara.
D  mengeluarkan bunyi semasa wau terbang di udara.

39  Pilih pernyataan yang benar berdasarkan petikan
A  Warna hitam ilaah warna utama atau digelar “tanah”.
B  Wau yang bercorak tradisi kurang diminati oleh pembeli.
C  Proses menampal corak ukiran pada rangka wau sangat sukar.
D  Audra Laili akan datang ke rumah Syuhadah semasa cuti persekolahan kelak.

40  Frasa mendapat tempat membawa maksud
A  menarik perhatian.
B  mengundang pembeli.
C  memusat pandangan.
D  mengurangkan minat.


KERTAS SOALAN TAMAT

JAWAPAN

1)            A
2)            D
3)            A
4)            A
5)            B
6)            D
7)            A
8)            A
9)            D
10)         A
11)         D
12)         A
13)         C
14)         B
15)         A
16)         C
17)         B
18)         D
19)         C
20)         B
21)         C
22)         B
23)         A
24)         C
25)         B
26)         B
27)         D
28)         C
29)         A
30)         C
31)         C
32)         D
33)         B
34)         B
35)         D
36)         D
37)         B
38)         D
39)         C
40)         A



Tiada ulasan:

Catat Ulasan